Write For Us

Giliran Shafie Apdal beri keterangan pada SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Selepas menahan reman sembilan individu, termasuk dua adiknya, berhubung siasatan kes penyelewengan dana RM1.5 bilion bagi projek luar bandar, petang ini giliran Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memberi keterangan.
Bekas naib presiden Umno itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar 4 petang dari Kuala Lumpur.
Shafie dijadual hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada 5 petang.
Setakat ini, sembilan individu ditahan SPRM berhubung kes berkenaan termasuk dua adik Mohd Shafie, iaitu ahli perniagaan Hamid Apdal dan ADUN Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal.
Antara yang ditahan ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony; Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman selain Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.
Shafie yang juga adalah Ahli Parlimen Semporna meninggalkan Umno selepas digantung keahlian dalam parti itu sebelum menubuhkan Parti Warisan yang berasaskan perjuangan hak Sabah, dengan disertai beberapa pemimpin pembangkang daripada DAP dan PKR.
SPRM sebelum ini mendedahkan siasatan kes penyelewengan dana sebuah kementerian Persekutuan di Sabah membabitkan RM1.5 bilion iaitu sebahagian daripada peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri itu antara 2009 hingga 2015.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment