Write For Us

Giliran Daim, Mahathir beri keterangan RCI Forex

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditugaskan untuk mengkaji kerugian berbilion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam pertukaran asing.
Memulakan prosiding hari ini adalah Daim yang tampil sebagai saksi yang ke-23 manakala Tun Mahathir sebagai saksi ke 24.
Sebelum ini, bekas perdana menteri itu hadir sebagai pemerhati semasa prosiding itu sebanyak dua kali.
Setakat ini, prosiding yang dijalankan menyaksikan kebanyakan saksi berkata bahawa mereka tidak membincangkan kerugian forex dengan Mahathir.
Antara mereka, termasuk bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengakui bahawa beliau tidak pernah membincangkan transaksi forex pada tahun 1986 hingga 1993 dengan Dr Mahathir dan Anwar.
Skandal forex berlaku sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an semasa Mahathir adalah perdana menteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment