Write For Us

Ahli PKR asak Khalid, tuduhnya penipu, rasuah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
196 Views
Published
Kekeohan tercetus seketika di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini apabila seorang anggota parti dari cabang Kuala Selangor cuba mengasak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya dikenali Zulkifli Abdullah menuduh Khalid mengamalkan rasuah dan seorang penipu serta berikrar akan menjatuhkannya.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjalan bersebelahan Khalid kemudiannya mententeramkan ahli partinya itu.

Zulkifli dikatakan hadir bersama bekas Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang digantung keahliannya kerana membawa aduan bahawa Khalid terbabit dalam politik wang kepada media.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment