Write For Us

Aktivis dakwa diugut akan ditangkap semasa 'mencari PM' di KKB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Aktivis dari Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-ADA) mendakwa telah dihalang oleh pihak polis ketika sedang mengedarkan poster 'mencari Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang hilang' di Kuala Kubu Baharu.

Menurut seorang aktivis, Wong Yan Ke mendakwa polis memberi amaran kepada mereka bahawa akan ditangkap jika enggan memberi kerjasama dan menghentikan aktiviti mereka serta merta.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009, di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat semalaman di ibu pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

Semasa upacara memperingati kematian mendiang di Kuala Lumpur semalam, adik Beng Hock, Teoh Lee Lan, mengimbau kembali bagaimana Anwar sebelum ini menyatakan sokongan kepada keluarganya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment