Write For Us

Azmin dakwa hotel ditekan batal tempahan PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa sebuah hotel di Ipoh telah membatalkan tempahan sebuah dewan untuk PKR Perak yang merancang untuk mengadakan mesyuarat tertutup parti.
Menerusi Twitter, Azmin berkata acara itu tidak dapat dijalankan susulan pihak pengurusan hotel itu ditekan untuk membatalkan tempahan pada saat terakhir.
Menteri Besar Selangor itu juga mahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan YB Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menjawab mengenai kejadian ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha PKR Perak, Abdul Yunus Jamahari berkata, mereka hanya dimaklumkan oleh pihak hotel mengenai pembatalan berkenaan pada malam semalam.
Menurut Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Ini adalah tindakan tidak profesional dari hotel, kerana yang datang adalah Menteri Besar Selangor dan ia sangat memalukan sebab dibatal tanpa beri satu alasan kukuh.
Yunus memberitahu bahawa PKR sebelum ini, tidak pernah menghadapi masalah seperti ini kerana mereka telah menempah hotel yang sama untuk menganjurkan seminar, latihan dan program jentera pilihan raya sepanjang lima tahun lalu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata terdapat kemungkinan bahawa hotel itu ditekan oleh parti politik tertentu untuk melakukan tindakan sedemikian.
Sehubungan itu, mesyuarat tertutup antara Azmin dan pemimpin Perak lain akan dipindahkan ke ibu pejabat PKR Perak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment