Write For Us

Isham Rais dakwa UKM batal programnya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Aktivis sosial Hishamuddin Rais mendakwa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membatalkan program kuliahnya berkenaan politik semasa, malam semalam.
Menurut laporan Malaysiakini, Hishamuddin berkata kuliah itu sepatutnya berlangsung pada pukul 8.30 malam tadi di sudut pidato UKM di Bangi, Selangor, tetapi penganjur kemudian memaklumkan pentadbiran universiti melarang ia diteruskan.
Hisham yang terkenal menerusi blog Tukar Tiub berkata program itu adalah anjuran kumpulan mahasiswa dan pensyarah UKM.
Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana dalam pentadbiran 'malaysia baru' masih terdapat sekatan dan penindasan terhadap dirinya dalam usaha untuk membawa pencerahan pendebatan dan nertukar fikrah.
Dalam respon segera terhadap isu terbabit kepada Malasyiakini, Naib Canselor UKM Dr Noor Azlan Ghazali menafikan dakwaan menghalang kuliah Hisham sebaliknya menjelaskan program itu terpaksa dibatalkan kerana tempat ia diadakan sudah ditempah oleh sekumpulan pelajar lain.
Noor Azlan berkata universiti itu tiada masalah untuk membenarkan Hisham berucap di dalam kampusnya malah pihak pentadbiran menggalakkan pelajar untuk datang dan bercakap di sudut pidato itu tetapi program itu perlu didaftarkan dengan betul terutamanya jika mebabitkan jemputan luar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment