Write For Us

Azmin soal Zahid di mana Jho Low

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
157 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata polis telah mengemukakan permintaan kepada Interpol untuk mencari ahli perniagaan kontroversi, Jho Low.
Namun, kata Ahmad Zahid, polis masih belum memperolehi sebarang maklumat terperinci daripada pihak Interpol berhubung individu terbabit.
"Kita amat yakin pihak Interpol bertindak secara profesional dan PDRM masih belum memperolehi sebarang maklumat terperinci daripada pihak Interpol.
"Namun kita yakin apa yang telah dilakukan beberapa pihak di peringkat antarabangsa terutamanya agensi perisikan telah dimuktamatkan.
"Kita yakin kes itu tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan ahli-ahli politik yang tidak berpuas hati mengenainya," katanya pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta penjelasan sama ada PDRM akan mendapatkan kerjasama daripada pihak Interpol untuk menahan dan membawa balik Jho Low bagi tujuan penyiasatan di atas dakwaan skandal kewangan terbesar yang melanda negara.
"Kerjasama yang diwujudkan melibatkan aktiviti ataupun jenayah perdagangan dan juga kewangan di mana pihak PDRM boleh mendapatkan bantuan interpol untuk menahan seseorang dan menyiasat bagi sesuatu kes yang telah banyak dinyatakan.
"Saya telah membangkitkan perkara ini beberapa bulan yang lalu di mana PDRM perlu mendapatkan khidmat Interpol untuk mengenal pasti kedudukan Jho Low yang disebut dalam banyak laporan di peringkat antarabangsa di mana beliau terlibat secara langsung dalam jenayah kewangan dan perdagangan.
"Persoalan saya, di manakah kedudukan PDRM dalam perkara ini? Apakah PDRM akan mendapat bantuan Interpol untuk mengenal pasti kedudukan Jho Low dan mendapat kerjasama daripada pihak Interpol untuk menahan dan membawa balik Jho Low bagi tujuan penyiasatan di atas skandal kewangan yang terbesar dalam negara pada hari ini," soal Azmin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment