Write For Us

Bagaimana Malaysia boleh hapuskan GST, terang Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Malaysia tidak perlukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan ia boleh dihapuskan tanpa menjejaskan pendapatan kerajaan atau membebankan rakyat.
Dalam satu kenyataan di blognya, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Datuk Seri Najib Razak melaksanakan GST untuk menampung kerugian akibat penyelewengan dana awam yang dibelanjakan untuk dasar-dasar populis.
Katanya, ini termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun RM300 kepada nelayan, pemberian RM800 untuk pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, dan pemberian wang persaraan untuk golongan yang tidak layak.
Menurut Mahathir, tindakan Najib menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.
Untuk mengatasi beban kekurangan dana, kata Mahathir, kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan menghapuskan kepercayaan bahawa wang mampu membeli populariti, mengurangkan kos dan menampung kerugian 1MDB.
Mahathir menambah, kebanyakan penerima BR1M mampu hidup tanpa BR1M dan pemberian BR1M seharusnya ditukar kepada elaun untuk golongan miskin yang tidak mempunyai pekerjaan.
Berkenaan elaun kepada nelayan, Mahathir berkata tindakan yang tepat untuk dilakukan adalah meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam memastikan nelayan asing tidak menceroboh perairan negara sekaligus membolehkan golongan nelayan tempatan meraih pendapatan yang lebih tinggi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment