Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mahu kerajaan menjelaskan bagaimana rakaman CCTV yang memaparkan pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara, Kim Jong-nam boleh terlepas ke tangan media antarabangsa.
Katanya, sama ada video tu secara fizikal atau melalui apa sekalipun boleh bolos kepada tangan pihak asing adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku di negara ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Katanya, beliau mendakwa kemungkinan wujud salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan pihak terbabit dalam menyebarkan rakaman itu.
Terdahulu, rakaman CCTV itu disiarkan di stesen TV Jepun, Fuji TV.
Berdasarkan rakaman itu, seorang wanita muncul dari belakang Jong-nam dan melakukan sesuatu terhadapnya.
Insiden tersebut dilihat berpadanan dengan rakaman bocor yang menjadi viral sebelum ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dihubungi Bernama berhubung penyebaran rakaman itu serta tindakan terhadap mereka yang menyebarkan rakaman itu, menjawab ringkas: "kita akan kaji".

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment