Kedutaan Korea Utara hari ini mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kedua-dua suspek wanita yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam menekap bahan toksik ke muka mangsa dengan tangan mereka.
Dalam satu kenyataan media petang ini, kedutaan itu tertanya-tanya bagaimana kedua-dua wanita itu masih hidup.
Jelasnya, Malaysia menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kejadian pada CCTV yang memperdayakan orang ramai bahawa suspek wanita itu menekap racun pada muka mangsa dengan tangan.
Jika begitu, soalnya, bagaimana mungkin suspek wanita itu masih hidup selepas kejadian berkenaan?
Tambahnya, kedutaan itu membuat kesimpulan bahawa dakwaan cecair yang dilumurkan pada muka Jong-nam sebagai jenaka, dan ia bukan racun seperti didakwa.
Menurut kedutaan Korea Utara, terdapat alasan lain yang membawa kepada kematian Jong-nam pada 13 Februari lalu.
Oleh itu, kedutaan berkenaan berkata, pihak berkuasa Malaysia perlu segera membebaskan "wanita yang tidak bersalah dari Indonesia dan Vietnam" itu serta juga warga Korea Utara "yang ditahan dengan tidak munasabah."

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment