Write For Us

Bagaimana 28,000 nama tercicir, soal HARAPAN pada SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mempersoalkan bagaimana keciciran data lebih 28,000 nama pengundi di Selangor boleh berlaku.
Malah, HARAPAN turut mempertikaikan mengapa lebih 8,000 nama ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor yang mana sebanyak 99 peratus daripada nama tersebut terdiri daripada golongan Cina.
8,000 nama yang ditolak itu diperolehi berdasarkan senarai RDPT 2016 yang tidak diwartakan pada 29 Mac 2017.
Selain itu, mereka turut meminta SPR Selangor menjelaskan mengapa 28,416 nama pengundi tentera dimasukkan dalam Senarai Tuntutan selepas Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Pertama 2017.
"Kita nak minta penjelasan SPR Selangor bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Seolah-olah SPR guna jalan belakang bawa masuk pengundi.
"Mereka mereka tak buat kenyataan rasmi ada pengundi yang ditambah? Biasanya SPR akan buat kenyataan media dan letak senarai semua nama untuk dipamerkan.
"Tapi hanya diletakkan di sini (pejabat SPR Selangor) senarai pengundi untuk dipamer. Saya rasa SPR Selangor patut jelaskan," kata Anggota Parlimen Serdang dari DAP, Dr Ong Kian Ming.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat meminta penjelasan daripada SPR Selangor di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam hari ini.
Turut hadir ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, dan Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Hatta Ramli.
Sementara itu, HARAPAN turut mempersoalkan mengapa seramai 28,416 orang membuat tuntutan yang mana mereka terdiri daripada anggota tentera dan pasangan mereka- berdasarkan lokaliti yang didaftarkan.
Menurut mereka, angka tuntutan itu sangat luar biasa.
"Kami tertanya-tanya mengapa jumlah tuntutan ini terlalu tinggi? Lebih ajaib lagi semua tuntutan ini dibuat di pejabat SPR Putrajaya.
"Sehubungan itu, selain mengembalikan amalan pemberian salinan digital RDPT seperti yang dilaksanakan sebelum ini, kami mahu SPR buktikan sama ada tanggapan kami bahawa semua angka yang meragukan ini bukan penipuan tetapi benar-benar satu 'keajaiban'," kata kenyataan media bersama itu.
Malaysiakini sedang cuba untuk mendapatkan respon daripada SPR Selangor berhubung dakwaan berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment