Write For Us

Bagaimana Prasarana mahu biayai projek MRT, soal Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Memetik penyata kewangan syarikat pengangkutan Prasarana Malaysia Bhd yang telah diaudit bagi tahun 2014 dan 2015, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyoal bagaimana firma itu bakal mampu membiayai projek MRT.
DanaInfra Nasional Bhd, yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, akan memindahkan kos projek MRT apabila siap kelak kepada Prasarana, yang adalah pengendali bas dan perkhidmatan ringan metro.
Beliau berkata demikian dalam sidang media secara langsung yang dimuat naik ke Facebooknya, hari ini.
Pada 26 Oktober, 2015, DanaInfra mengesahkan firma itu akan memulakan program bersepadu bagi membiayai projek MRT1 dan MRT2. Sehingga Oktober 2015, DanaInfra mempunyai hutang berjumlah RM17.6 bilion hasil membiayai projek MRT1.
Rafizi berkata, penyata kewangan Prasarana yang diaudit bagi tahun 2014 dan 2015 menunjukkan bahawa kos operasi bagi kedua-dua tahun itu lebih tinggi daripada jualan tiket dan keuntungan lain dengan masing-masing sebanyak 13 peratus dan 30 peratus.
Kerajaan, kata Rafizi akan terpaksa menyuntik dana baru ke firma itu dari semasa ke semasa.
Dan menjelang 2022, berdasarkan anggaran kasar dan pembayaran faedah RM2 bilion setahun, Rafizi menganggarkan hutang Prasarana akan mencecah RM70 bilion,
Jumlah hutang itu, katanya akan mengatasi rekod yang dicipta oleh syarikat pelaburan negara, 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment