Bapa Haziq Abdullah Abdul Aziz, membuat laporan polis selepas mendakwa polis menyerbu masuk ke rumahnya di Kuching.
Memetik laporan The Sun Daily, Abdul Aziz Ibrahim, 53, bersama anak perempuannya ketika polis memasuki kediamannya pada jam 5 petang semalam.
Katanya, seramai lima anggota polis yang memakai jaket hijau dan empat anggota berpakaian preman masuk ke rumahnya disebabkan sistem penggera dan loceng pintu di rumahnya rosak.
Abdul Aziz berkata dia percaya mereka adalah polis kerana mereka datang menaiki kenderaan polis.
Menurutnya, kehadiran mereka hanya bertanyakan mengenai keberadaan Haziq.
Dia kemudian membuat laporan polis di balai polis daerah Kuching pada jam 1 pagi tadi.
Haziq, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin yang kini digantung tugas serta merta disebabkan pengakuan secara terbuka bahawa dia dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali adalah dua orang lelaki dalam video lucah yang tersebar luas di media sosial.
Bagaimanapun, Azmin telah menafikan tuduhan-tuduhan itu dengan tegas, mendakwa satu plot jahat untuk membunuh reputasi dan wataknya dalam usaha untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Shamsul Iskandar berkata beliau tidak pernah mendengar khabar daripada Haziq sejak Selasa, ketika menghubungi beliau mengenai perkara yang berkaitan dengan kerja.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment