Write For Us

Hilman pula lapor polis, dedah isi perbincangan dengan Haziq

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Setiausaha politik kepada menteri hal ehwal ekonomi Muhammad Hilman Idham membuat laporan polis balas terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Ia bagi menafikan laporan awal Haziq yang menuduhnya melakukan ugutan ketika pertemuan mereka di Putrajaya pada 11 Jun lalu.
Laporan itu dibuat di ibu pejabat polis (IPD) Putrajaya tengah hari tadi.
Hilman berkata pertemuan di sebuah hotel itu dilakukannya atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk menteri.
“Dalam pertemuan tersebut, Haziq telah menyatakan kepada saya bahawa beliau adalah mangsa permainan politik kotor untuk menjatuhkan Mohamed Azmin Ali.
“Beliau juga menyatakan bahawa video tersebut palsu dan menafikan beliau adalah karakter dalam video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Hilman, Haziq turut meminta nasihatnya untuk bertemu keluarganya bagi mendapatkan pandangan.
“Saya bersetuju dan meminta beliau bersabar. Malah, saya menasihatkan beliau bahawa dalam menghadapi fitnah begini, keluarga adalah elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruahnya,” katanya.
Haziq yang juga ketuaPemuda PKR (AMK) Santubong membuat laporan polis petang semalam dengan mendakwa dia diancam, diugut dan dimanipulasikan.
Terdahulu, Haziq mendakwa Hilman memaksanya berbohong untuk menafikan bahawa dia merupakan individu dalam video tular tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment