Write For Us

Batal lesen syarikat kawalan keselamatan ambil pekerja tanpa dokumen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Syarikat kawalan keselamatan yang didapati mengambil pekerja warga asing tanpa dokumen sah, memiliki dokumen palsu atau mempunyai penglibatan dalam unsur-unsur jenayah akan dibatalkan lesen tanpa ada amaran akhir.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tegas itu sebagai mengelak berlakunya penyusupan elemen keganasan ke dalam negara ini.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya bahagian keselamatan yang mengeluarkan permit syarikat-syarikat kawalan keselamatan persendirian sememangnya telah mengetatkan prosedur pengambilan pengawal keselamatan ini."
"Pihak polis juga telah melakukan penapisan terhadap setiap pengawal keselamatan yang diambil bagi mengelakkan apa yang berlaku di Sabah untuk tidak berlaku di tempat-tempat lain," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) sama ada KDN mengkaji semula prosedur pengambilan pengawal keselamatan berikutan terdapat kes pengawal keselamatan disyaki anggota kumpulan Abu Sayyaf memohon kerja menggunakan pengenalan diri palsu.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tujuh lelaki warga Filipina disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) ditahan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 14 Sept lepas dengan kesemua suspek berumur antara 22 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta. - BERNAMA
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment