Polis merampas beberapa beg tangan dan hadiah dalam operasi yang dijalankan di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Menurut peguam Najib, Harpal Singh Grewal, tiada dokumen dirampas.
"Hanya barang milik peribadi, beberapa beg tangan dan hadiah," katanya kepada pemberita yang menunggu di luar kediaman Najib sejak hampir enam jam lepas (ketika berita ini ditulis).
Jelas Harpal, kesemua barang yang dirampas adalah tiga atau empat kotak barang milik peribadi.
Tambahnya, operasi penggeledahan itu mengambil masa kerana keluasan kediaman itu selain polis memeriksa setiap bilik.
Meskipun polis tidak menyatakan di bawah seksyen mana Najib disiasat, peguam Najib itu percaya ia mungkin ada kaitan dengan pengubahan wang.
"Najib dan keluarganya memberi kerjasama kepada mereka (polis) dan mereka (polis) bertindak secara profesional. Kita percaya siasatan itu adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram," katanya.
Kata Harpal, polis tidak memaklumkan bila Najib mungkin akan dipanggil untuk disoal.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment