Write For Us

Bekas CEO TEKUN Nasional berdepan dua tuduhan rasuah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Bekas Pengarah Urusan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Datuk Abdul Rahim Hassan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah,hari ini.
Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan berjumlah RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan 'hutang lapuk TEKUN'.
Ini dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada 13 Januari 2015.
Bagi tuduhan kedua, Abdul Rahim didakwa menerima wang tunai berjumlah RM36,000 daripada Abdul Muhsin Abdul Rahmah sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan Syarikat Pasadana Sdn Bhd.
Kejadian didakwa dilakukan di Lobi Kelab Shah Alam pada 15 Januari tahun lalu.
Kedua-dua tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika sabit kesalahan, beliau yang juga bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) TEKUN boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
Hakim Asmadi Hussin kemudiannya menetapkan 8 Februari sebagai pengurusan kes manakala bicara bermula 13 hingga 17 Mac.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment