Write For Us

Tekun Delivery bantu graduan, 'mat motor' tambah pendapatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Kerajaan akan memperkenalkan program ‘Tekun Delivery’ sebagai antara usaha membantu ‘mat motor’, graduan menganggur serta belia dalam golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menambahkan sumber pendapatan melalui perkhidmatan penghantaran.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata program di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional itu antara lain menawarkan pembiayaan pinjaman mudah bagi pembelian motosikal, sekali gus memenuhi kelestarian ekosistem perkhidmatan mengambil dan penghantaran barangan dalam kalangan usahawan Tekun di seluruh negara.
Tekun Delivery yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun depan turut menyasarkan penyertaan mat motor, seterusnya menggalakkan golongan itu terbabit dalam dunia keusahawanan.
Beliau berkata selepas merasmikan Himpunan Kelab Motor Malaysia 2019 di Freeport A Famosa Resort, pada Sabtu 30 November.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment