Write For Us

Bendera terbalik, Wisma Putra mohon maaf pada Indonesia

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
183 Views
Published
Kementerian Luar Wisma Putra mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada Indonesia berhubung kesilapan dalam mencetak bendera negara itu secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29 semalam.
Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa kesal atas kesilapan yang tidak disengajakan yang dilakukan oleh jawatankuasa penganjur Malaysia (MASOC) atas salah penerbitan bendera Indonesia dalam buku cenderamata rasmi itu.
Mengesahkan pertemuan di antara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya Imam Nahrawi semalam, Anifah berkata pertemuan itu diadakan untuk menjelaskan "kesilapan yang amat dikesali itu dan menyampaikan permohonan maaf beliau bagi pihak MASOC."
Kata Anifah, Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan persaudaraan yang rapat dan mendalam dengan Indonesia.
Malah, katanya, sambutan ulang tahun ke 60 termeterinya hubungan diplomatik tahun ini merupakan suatu kesempatan yang telah dilaburkan untuk mendedikasikan semula diri terhadap nilai, kebudayaan dan masa hadapan bersama.
Terdahulu, Khairy mengeluarkan permohonan maaf kepada Imam berkenaan gambar bendera Indonesia yang dicetak terbalik itu.
Bendera republik itu menampilkan jalur merah di bawah jalur putih. Bagaimanapun gambar bendera dalam susunan terbalik diperkenalkan secara salah sebagai bendera Indonesia di dalam buku cenderamata yang diedarkan semasa acara pembukaan Sukan Sea itu.
Gambar itu muncul bersama-sama bendera kesemua negara-negara Asean lainnya dan tahun-tahun merujuk penganjuran acara sukan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment