Write For Us

'Berhati-hati dengan penjajah baru, DAP'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
95 Views
Published
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi amaran kepada rakyat di negeri itu agar berhati berhati-hati dengan DAP kerana parti itu mempamerkan tingkah laku seperti penjajah.
Semasa merasmikan sebuah pusat dialisis di Ayer Hitam, Johor, pada Isnin, Khaled berkata keengganan DAP untuk menerajui gabungan Pakatan Harapan menimbulkan kemusykilan.
Khaled berkata, ketika itu, ideologi penjajah kolonialis didorong dengan “mentaliti beban orang putih” untuk membantu membangunkan dunia baru.
Bagaimanapun, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Parlimen Kluang, Wong Shu Qi membidas kenyataan Menteri Besar Sementara Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menuduh partinya, DAP sebagai “penjajah baru”.
Menurutnya, kenyataan Mohamed Khaled hanya merendah-rendahkan tahap kecerdikan rakyat dan menggambarkan ketakutan sebenar BN terhadap angin perubahan yang sedang melanda seluruh negara.
“DAP membantah dan mengutuk kenyataan Mohamed Khaled Nordin yang berbaur perkauman, menimbulkan kebencian dan bersifat berita tidak benar, apabila menuduh DAP sebagai penjajah baru.
“Saya ingin mengingatkan Mohamed Khaled bahawa sejarah Malaysia adalah kisah perjuangan rakyat pelbagai kaum menentang penjajah untuk memerdekakan negara kita daripada cengkaman pihak asing.
“Ya, semua kaum bangkit melawan penjajah,” kata Wong yang dipetik oleh portal Roketkini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment