Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kelewatan dan pengumuman tidak konsisten kerajaan Persekutuan dalam tender semula projek Bandar Malaysia memberi gambaran bahawa masih belum ada syarikat yang menyerahkan cadangan muktamad mengenainya.
Malah, Tony berkata jika ada sekali pun berkemungkinan syarikat terbabit tidak berminat atau tidak sanggup menawarkan nilai setara dengan penilaian dilakukan Kementerian Kewangan.
"Kementerian Kewangan seharusnya berhenti bermimpi di siang hari dan segera bangkit. Tawaran tender terbuka Bandar Malaysia sebelum ini hanya dibuat konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH).
"IWH memenangi bidaan itu tetapi gagal memperolehi pembiayaan yang diperlukan bagi menyelesaikan transaksi berkenaan," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment