Write For Us

Tony Pua hipokrit!, kata Arul

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menggelar Setiausaha Publisiti DAP sebagai "hipokrit" kerana membuat video mengkritik firma pelaburan kerajaan tetapi bukannya mengenai kes pembelian banglo yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
Kes pembelian banglo itu sedang dibicarakan di mahkamah.
Tambah Arul, walaupun memuji video Tony Pua sebagai melucukan namun Arul mempersoalkan kandungan yang terdapat didalam video terbabit.
"Kandungannya adalah dari DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) tuntutan sivil terhadap beberapa individu dan aset. Tuntutan sivil itu masih belum dibawa ke mahkamah masih tiada perbicaraan, keputusan mahkamah.
"Ia adalah salah untuk Tony Pua untuk menggunakan maklumat didalam itu dan mengelirukan rakyat. Sedangkan Tony Pua tidak membuat video yang sedang dibicarakan iaitu kes pembelian banglo Guan Eng.
Arul berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas sesi 1MDB "Anda Tanya, Kami Menjawab" dengan dihadiri seramai hampir 500 orang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment