Write For Us

Berlakon, menyanyi sikit bukan mencuri, merompak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Berstatus menteri besar namun tidak banyak protokol yang diamalkan.
Pada ketika tertentu dia spontan menyanyi di depan orang ramai. Dan baru-baru ini Ahmad Faizal Azumu 'berlakon' dalam filem Buntat arahan Sabri Yunus.
Biarpun kadang-kadang dipersenda, menteri besar itu kelihatan tidak peduli.
“Saya fikir, selagi saya tak merompak dan mencuri, saya ingat tak ada hal," katanya.
Menurut pemimpin Bersatu Perak itu, beliau tidak mahu tampil sebagai hipokrit, sebaliknya selesa menjadi dirinya sendiri.
Selain itu kata anggota dewan undangan negeri (Adun) Chenderiang berkenaan sikap santai dan terbuka itu akan lebih memudahkan orang ramai menegur dia jika dia melakukan kesalahan.
“Kalau kamu nampak saya buat salah, senang kamu nak tegur tak payah susah-susah tulis surat, boleh beritahu saja,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Malaysiakini kelmarin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment