Pengasas BERSATU yang baru sahaja mengumumkan keluar parti, Kamarulazman Habibur Rahman kini mendakwa parti itu mengamalkan kronisme.
Kamarulazman yang tidak menjelaskan secara terperinci berkata, beliau berpendapat BERSATU mengamalkan perbezaan darjat dan kasta.
Malah, katanya, individu yang selama ini menjadi penggerak awal dalam parti dan berhabis tenaga serta wang ringgit diketepikan.
"Saya mula sedar dalam BERSATU seperti ada perbezaan darjat dan kasta. Seseorang ahli akan tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.
"Saya sangat kecewa, golongan yang benar buat kerja dilayan seperti kelas kedua. Belum pun kita bergerak jauh, kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam," katanya lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
- Kecewa, Pengasas BERSATU umum keluar parti

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment