Write For Us

BERSIH perlu RM500,000 untuk 4 bulan akan datang

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
116 Views
Published
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon RM500,000 sumbangan daripada orang ramai dalam tempoh empat bulan akan datang, kata Pengerusinya, Maria Chin Abdullah.
Maria berkata, dana itu diperlukan bagi menjalankan operasinya pada dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
"Ini adalah masanya kami perlukan bantuan kewangan untuk memastikan kami dapat bertahan sewaktu pilihan raya ke pilihan raya seterusnya.
"BERSIH berada di dalamnya untuk jangka masa panjang," kata Maria pada sidang akhbar di pejabat BERSIH 2.0 di Petaling Jaya hari ini.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, dianggarkan RM100,000 akan digunakan untuk membayar kos undang-undang melibatkan 120 siasatan yang sedang dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 dan Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana penglibatan dalam aktiviti yang didakwa memudaratkan demokrasi berparlimen.
"Denda di bawah PAA boleh mencecah sehingga RM10,000," katanya sambil menambah BERSIH 2.0 baru-baru ini membayar wang ikat jamin sebanyak RM3,000 bagi sukarelawannya di Taiping, Perak.
Maria berkata, siasatan di bawah PAA dilakukan sejak BERSIH mengadakan konvoi ke seluruh negara tahun lepas, serta perhimpunan solidariti yang diadakan semasa penahanan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Selain kes terhadap BERSIH 2.0, Maria berkata, gabungan itu juga menyokong sembilan kes mahkamah berkaitan pilihan raya, yang melibatkan cabaran terhadap persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kami memerlukan sokongan anda untuk terus melalui ini. Sementara peguam melakukan kerja-kerja pro-bono, BERSIH 2.0 perlu menampung kos pengeluaran, penyelidikan dan pengangkutan," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment