Write For Us

Bos Malaysiakini jelas siapa pemegang saham syarikat, editorial dikawal wartawan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Malaysiakini adalah di bawah kawalan penuh wartawan dan editornya, bukan pelabur atau orang luar, kata ketua pengarang kumpulan portal berita itu, Steven Gan.
Gan berkata walaupun Dana Pelaburan Pembangunan Media (MDIF) memiliki 29 peratus daripada Malaysiakini, ia tidak mempunyai suara dalam dasar editorial laman web itu.
Beliau menjelaskan bahawa kedua-duanya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ketika memulakan modal pelaburan 10 tahun lalu, dan bersetuju MDIF tidak mempunyai suara dalam editorialnya.
Gan berkata demikian susulan pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berkata editorial Malaysiakini tidak bebas dan tunduk kepada kehendak hartawan perniagaan Amerika, George Soros.
Open Society Foundation (OSF) diasaskan Soros adalah salah satu daripada 50 pelabur dan pihak penaja MIDF, termasuk beberapa bank-bank Eropah.
Malaysiakini juga menerima dana daripada OSF untuk dua program berita KiniTV di Sarawak.
Gan berkata, pengaruh sebenar dalam dasar editorial Malaysiakini adalah wartawannya.
Mengulas lanjut mengenai pemegang saham syarikat itu, Gan berkata, beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran adalah pemegang saham majoriti sebanyak 59 peratus.
Selain MDIF memiliki 29 peratus saham, 12 peratus dimiliki oleh kakitangan Malaysiakini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment