Write For Us

Sultan Johor pemegang saham individu kedua terbesar 7-E

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar muncul sebagai pemegang saham individu kedua terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dengan kepentingan 8.44 peratus selepas mengambil alih 93.70 juta saham dalam rantaian kedai serbaneka itu sejak Julai 2017.
Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berkata, tindakan Sultan Ibrahim menambah pegangan dalam 7-Eleven Malaysia adalah baik untuk syarikat tersebut kerana baginda terkenal sebagai pelabur yang bijak dengan memilih syarikat dan perniagaan yang mempunyai asas yang kukuh serta potensi pertumbuhan yang baik.
Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata, tindakan Sultan Johor itu mencerminkan keyakinan baginda dalam prestasi dan masa depan 7-Eleven Malaysia.
“Kami yakin dengan adanya pemegang saham sekaliber Tuanku, kedudukan 7-Eleven dalam industri runcit akan dapat diperkukuhkan lagi,” tambahnya.
Ditubuhkan pada 1984, 7-Eleven adalah pengendali kedai serbaneka 24 jam perintis dan terbesar di Malaysia dengan lebih 2,100 outlet di seluruh negara.
- Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment