Write For Us

Sultan Johor kini pemegang saham kedua terbesar Berjaya Assets

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini menjadi pemegang saham individu kedua terbesar Berjaya Assets Bhd dengan kepentingan 10.09 peratus, selepas mengambil alih 80 juta saham untuk meningkatkan jumlah saham baginda dalam syarikat tersebut kepada 120 juta.
Berjaya Assets Group adalah pemilik terbesar Berjaya Times Square, antara pusat beli-belah runcit dan komersial terbesar di Malaysia yang menempatkan Taman Tema Berjaya Times Square, taman tema dalam bangunan terbesar di Malaysia.
Di Johor Bahru, kumpulan itu memiliki Berjaya Waterfront Hotel, kompleks beli-belah dan terminal feri serta unit pejabat di Menara MSC Cyberport.
Dalam satu kenyataan semalam, pemegang saham terbesar Berjaya Assets, Tan Sri Vincent Tan berkata, kedudukan baginda sebagai pemegang saham utama kedua terbesar akan memberi manfaat kepada Berjaya Assets dalam pengembangan perniagaannya.
Berjaya Assets mencatat hasil belum diaudit RM356.36 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment