Write For Us

"Bukalah balik kaset saya"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ketika Amanat Haji Hadi itu tersebar memang ada desakan supaya beliau dikenakan tindakan.
Namun katanya, "amanat" berkenaan adalah petikan daripada ucapan panjang beliau yang sepatutnya didengar secara keseluruhan untuk mendapatkan konteks sebenar.
"Saya tak ada masalah, kalau nak siasat balik pun tak apa. Bukaklah balik kaset saya (yang mengandungi ceramah berkenaan).
"Yang menariknya, mereka yang dengar kaset (itu sebelum) ini, banyak yang datang minta maaf pada saya. Bukan seorang dua," katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila, Terengganu hari ini.
Rakaman sidang media itu disiarkan di Facebook Terengganukini.
Insiden Memali berlaku pada 19 Nov 1985 di sebuah kampung pedalaman di Kedah. Seramai 18 orang terbunuh akibat keganasan berkenaan, termasuk anggota polis.
Seorang pendakwah, Ibrahim Mahmud atau lebih popular dengan nama Ibrahim Libya dikehendaki polis atas dakwaan mengancam keselamatan.
Pengkritik mendakwa kejadian berkenaan turut dipengaruhi fahaman ekstremisme dibawa Amanat Haji Hadi yang terkenal suatu ketika dulu.
Ia berasal daripada ceramah Abdul Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment