Write For Us

Bukan masa saya, kata Hasan Arifin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata dakwaan laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda tidak berlaku semasa zamanya.
Malah, kata Hasan yang ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini, dirinya tidak tahu menahu tentang pendedahan yang dibuat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, semalam.
“Oh itu (dakwaan timbalan pengerusi PAC), ia bukan masa saya dan saya pun tak tahu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh timbalan pengerusi PAC.
“Setahu saya apa yang dibentangkan kelmarin itulah yang kita dapat,” katanya.
Wong semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah diubah.
Beliau membuat dakwaan itu ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK-11) hari ini.
Menurut Wong, beberapa agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan pejabat peguam negara "dilumpuhkan" oleh pentadbiran BN terdahulu ekoran skandal 1MDB.
Mengulas lanjut, Hassan berkata apa yang didedahkan Wong itu tidak jelas dan meminta pengerusi PAC sekarang, Datuk Ronald Kiandee untuk memberi penjelasan lanjut mengenainya.
“Kita minta pengerusi PAC untuk jelaskannya lebih lanjut,” katanya ringkas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment