Write For Us

"Istilah makan dedak ni, bukan saya buat," kata Hadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
Sementara itu tidak terkecuali daripada kecaman Abdul Hadi dalam ucapan itu ialah Parti Amanah Negara (AMANAH) dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Merujuk kepada sejarah Nabi Daud AS, Abdul Hadi menyentuh mengenai "pemakan dedak" yang disifatkannya sebagai golongan yang tidak istiqamah dalam perjuangan.
"Istilah makan dedak ni, bukan saya buat. (Orang) yang buat istilah ni masih hidup.
"Dan siapa ada dedak? Orang Umno tahu siapa yang makan dedak," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian semasa menggulung perbahasan di akhir muktamar tahunan PAS di Kota Sarang Semut di Alor Setar petang tadi.
Istilah "dedak" dipopularkan oleh Dr Mahathir sejak beliau menyertai gerakan cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Selain mengaitkan ungkapan itu dengan penyokong Najib, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu juga membayangkan PAS sebahagian daripada pemakan dedak kerana enggan bersama Pakatan Harapan menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment