Write For Us

Chong Wei sasar bertanding di Olimpik Tokyo

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Penyakit kanser dihidapi Datuk Lee Chong Wei bukan penghalang kepada jaguh badminton negara itu untuk meneruskan impiannya beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Setelah hampir empat bulan berehat selepas dikesan menghidap barah hidung tahap satu pada Julai lepas, Chong Wei tampil membuat kenyataan dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa beliau bersedia menggalas cabaran negara dalam misi meraih slot ke Sukan Olimpik, yang bermula tahun depan.
Pemain berusia 36 tahun itu yang kelihatan sihat dan ceria berkata beliau lega apabila disahkan bebas kanser oleh doktor selepas menjalani 33 kali rawatan di Taiwan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment