Write For Us

'Dah 5 PM tak siap-siap!' - Shafie persoal kelewatan LPB di Sabah, Anwar arah segerakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
14 Views
Published
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengakui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah lebih perlahan berbanding di Sarawak.

Justeru, katanya, Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof telah ditugaskan untuk memastikan pembinaan lebuh raya itu berjalan lancar dan tidak lagi tertangguh, sekali gus memenuhi janji kepada rakyat negeri Sabah.

Selain itu, Anwar berkata, kementerian kewangan juga telah diarahkan untuk memastikan penyaluran peruntukan dapat dipercepatkan.

Anwar menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Semporna Mohd Shafie Apdal mengenai kelewatan projek Pan Borneo Sabah, berbanding di Sarawak yang sudah hampir siap, selain masalah bekalan air yang berterusan disebabkan isu ketirisan.

Sumber:https://www.youtube.com/watch?v=tiHTv-HcHDU
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment