Write For Us

Dakwaan MM2H: 'Lihat fakta, bukan main tembak rambang' - Fahmi beritahu Mas Ermieyati

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
19 Views
Published
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kesal dengan dakwaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati yang didakwa menyebarkan berita tidak benar berkaitan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Malah Fahmi berkata Menteri Pelancongan, Tiong King Sing sendiri telah menjawab tohmahan Pengerusi Jawatankuasa Kira Wang Negara (PAC) itu mengenai kelulusan status Pemastautin Tetap (PR) sudah diberikan kepada pemohon MM2H warga China.

Mas Ermieyati dalam catatan di X pagi semalam, mendakwa Tiong mengumumkan warga China yang menyertai program MM2H akan serta-merta layak mendapat status PR.

Susulan itu Tiong menggesa polis menyiasat Mas Ermieyati kerana dikatakan menghasut.

Tiong pada Jumaat berkata bahawa edisi khas MM2H itu bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dengan China.

Bagaimanapun, Tiong berkata permohonan untuk program itu terbuka kepada rakyat semua negara.

Sumber: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/1105036024023882
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment