Write For Us

Dana sekolah Cina tertunggak kini selesai, kata Liow

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan isu masalah dana untuk sekolah rendah Cina yang tertunggak kini sudah selesai.
Liow berkata penyelesaian itu dibuat ketika mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pendidikan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Pada 4 Januari lalu, Sin Chew Daily melaporkan Liow berkata MCA menekankan kepada Najib bahawa isu geran RM50 juta yang dijanjikan untuk sekolah rendah Cina perlu segera diselesaikan.
Sebelum ini, sekolah-sekolah rendah Cina mengadu bahawa peruntukan geran RM50 juta yang dijanjikan kepada mereka masih belum disalurkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment