Write For Us

Nazri anggap isu dana Kolej TAR UC sebab pengundi cina beralih arah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Pakatan Harapan (PH) akan terus ditolak pengundi Cina jika kerajaan masih gagal memberikan harapan kepada mereka.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, trend itu akan terus diperlihatkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“(Penolakan undi kaum Cina) Ia juga boleh menjadi trend Pilihan Raya Umum yang akan datang jika PH tidak memberi harapan kepada mereka.
“Mereka (PH) tidak melakukan apa-apa dan mereka tidak menghormati janji-janji itu, jadi saya fikir rakyat hanya menyatakan rasa mereka,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Katanya isu pemberhentian dana kerajaan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) merupakan antara sebab pengundi cina beralih arah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment