Write For Us

Kerajaan luluskan 10 lagi sekolah Cina

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Kerajaan hari ini meluluskan penubuhan 10 sekolah rendah baru Cina manakala enam sekolah sedia ada dengan jumlah pendaftaran murid-murid yang rendah akan dipindahkan.
Pada sidang akhbar khas hari ini, di Putrajaya, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dibuat bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina.
"Bagi 10 SJKC baru, kementerian berpandangan pelaksanaan sekolah itu perlu berdasarkan keutamaan dan keperluan projek, serta kebolehupayaan ekonomi dan kewangan negara," katanya.
Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Daripada 10 sekolah baru itu, lima akan dibina di Johor manakala selebihnya di Selangor.
Semua sekolah baru akan dinamakan berdasarkan tokoh-tokoh terkenal komuniti Cina di Malaysia. 10 sekolah baru itu adalah:
SJKC Kuek Ho Yao (Gunung Austin, Johor Bahru)
SJKC Sim Mo Yu (Pasir Gudang, Johor Bahru)
SJKC Tun HS Lee (Ulu Tiram, Johor Bahru)
SJKC Tan Kah Kee (Iskandar Puteri, Nusajaya)
SJKC Cheah Fah (Iskandar Puteri, Nusajaya)
SJKC Lee Loy Seng (Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh)
SKJC Sunsuria (Sunsuria City, Sepang)
SKJC Ong Yoke Lin (Gamuda Cove, Cyberjaya)
SJKC Lim Chong Eu (Eco Grandeur, Puncak Alam)
SJKC Too Joon Hing (Dengkil, Selangor).
Ketika ini terdapat sebanyak 1,298 sekolah Cina di seluruh negara dengan 883 daripadanya berstatus sekolah bantuan kerajaan.
Mahdzir berkata, dari jumlah itu, sebanyak 454 adalah sekolah kurang murid yang mempunyai enrolmen 150 murid atau kurang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment