Write For Us

DAP kecam kenyataan rasis MCA tapi Umno-PAS 'membisu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoal pendirian UMNO dan PAS yang langsung tidak mengecam kenyataan rasis Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng dalam isu pertambahan peruntukan pembangunan hal ehwal Islam di negeri ini.
"Kerajaan Negeri membantu rakyat, kita naikkan peruntukan kepada RM457 juta sejak 2008.
"Adakah salah menaikkan peruntukan untuk hal ehwal orang Islam.
"Kalau tidak salah mengapa UMNO dan PAS tidak berani atau tidak berminat untuk mengkritik kenyataan rasis Tan Teik Cheng," soalnya.
Lim berkata demikian pada sidang media di Komtar pagi tadi.
Bagi Lim, PAS dilihat turut mengamalkan politik cauvinis seperti UMNO dan MCA, dengan menggambarkan kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang kononnya anti Melayu dan anti Islam.
Pada 7 Februari lalu, Sin Chew Daily melaporkan Teik Cheng berkata "Kerajaan DAP masa memerintah Pulau Pinang, masa pilihan raya ambil undi Cina, tapi hanya jaga orang Melayu, yang rugi adalah orang Cina."
Mengulas lanjut, Lim berkata kerajaan negeri akan menggandakan program-program penerangan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam, untuk menunjukkan wajah sebenar pemimpin Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang didakwa rasis itu.
Menurut beliau, peruntukan pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri ini sejak tahun 2008 hingga 2016 berjumlah RM457.05 juta dengan peningkatan kira-kira 100 peratus, berbanding RM249.09 juta dalam tempoh 1999 hingga 2007 ketika kerajaan negeri di bawah Umno BN dahulu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment