Write For Us

'Dia rosakkan moral Melayu' - Dr M masih simpan marah dengan Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu dia masih lagi menyimpan rasa marah terhadap Najib Razak kerana penglibatannya dalam kontroversi 1MDB.

Menurut Mahathir, dia antara orang yang menyokong supaya Najib dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika zaman Abdullah Badawi menerajui kerajaan.

Namun Mahathir berkata, moral orang Melayu telah dirosakkan oleh Najib yang menjadikan 'wang adalah raja'.

Untuk rekod, Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=fJ5QWUR4A5U
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment