Write For Us

Didakwa langgar kuarantin, Jeffrey diminta tinggalkan Dewan Rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Ahli Parlimen Keningau Jeffrey Kitingan diminta meninggalkan Dewan Rakyat oleh Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun sementara Parlimen mendapatkan jawapan terperinci dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau diminta berbuat demikian kerana kehadirannya di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan kebimbangan ahli-ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjalani proses kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Sabah, semalam.

Menurut Azhar, sementara ketiadaan Jeffrey, beliau akan mendapatkan jawapan dari Klinik Kesihatan Lembah Pantai, tempat ahli Parlimen itu menjalani saringan Covid-19 selepas tiba di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengikut rekod juga, ahli parlimen Keningau itu menjalani kuarantin selama 12 hari bermula 12 November lalu hingga semalam, sebelum beliau masuk ke Dewan Rakyat hari ini untuk mengikuti sesi perbahasan Belanjawan 2021.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment