Write For Us

Pegawai tertinggi KKM 'tidak dimaklum' menteri langgar kuarantin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
46 Views
Published
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa pegawai tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada dalam kegelapan mengenai tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang melanggar peraturan kuaranti kendiri hingga minggu lalu.

Siasatan dalaman berhubung urutan peristiwa selepas menteri itu pulang dari Turki pada 7 Julai telah selesai dan diserahkan kepada pihak polis, yang sedang meneliti kes tersebut.

Ketika ditanya pada sidang media petang ini, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa dia bersama beberapa timbalan ketua pengarah kesihatan yang lain dan juga pengarah bahagian kawalan penyakit berjangkit tidak diberitahu mengenai perkara itu sehingga ia menjadi bahan berita.

Dr Noor Hisham walau bagaimanapun mengelak soalan bahawa kompaun pada 7 Ogos yang dikeluarkan kepada menteri berkenaan telah dikebelakangkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment