Write For Us

Dr M jawab MP Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan untuk tetap mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi negara.
Beliau, bagaimanapun berkata dalam keadaan tertentu terjemahan ke dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris perlu dibuat bagi memberi penjelasan kepada mana-mana orang asing yang turut berada dalam sesuatu majlis rasmi itu.
“Perlembagaan kita telah memenuhi segala kehendak berkenaan perlindungan bahasa kebangsaan tetapi ada kalanya terjemahan dibuat dalam bahasa lain, namun yang rasmi ialahbBahasa Melayu kerana terjemahan bukan rasmi.
“Kalau tidak betul itu hal dia dan yang betul serta boleh dibawa ke mahkamah adalah yang ditulis dalam bahasa Melayu.
“Kita perlu menentukan (mengambil kira) orang asing yang datang ke Malaysia yang tidak fasih bahasa Melayu untuk memahami apa yang kita katakan. Sebab itu kadangkala ada menteri menggunakan bahasa Inggeris atau Tamil atau Mandarin untuk jelaskan, tetapi penjelasan itu tidak dikira sebagai rasmi,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap laporan beberapa kementerian menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil dalam urusan rasmi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment