Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii menafikan tohmahan ARMADA BERSATU yang mengatakan Pemuda parti itu bertindak seperti samseng, dalam insiden kecoh di PWTC, semalam.
Menurut Razlan, mereka bertindak demikian kerana hendak menjaga maruah parti dan tidak mahu peristiwa aktivis Adam Adli yang menurunkan bendera 'Sang Saka Bangsa' berulang kembali.
- "Kau nak tampar aku?" ARMADA-Umno hampir bertumbuk di PWTC
Semalam, tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno.
Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment