Akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia bukan Umno yang punya, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Justeru, tiada keperluan untuk Umno menyuntik dana ke dalam syarikat akhbar yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! itu, jelasnya.
"Pengurusan Utusan dikendalikan oleh pasukan pengurus yang profesional yang tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku.
"Ini bukan kali pertama, dah banyak kali berlaku (masalah kewangan) tetapi pengurusan Utusan berjaya mengatasi dan menyelesaikannya setiap kali ia berlaku.
"Ini kerana Umno tidak pernah mencampuri urusan jabatan pengarang Utusan walaupun memegang saham," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, hari ini.
Beberapa hari yang lalu, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam mendedahkan syarikat itu 'sakit' setelah kelewatan pembayaran gaji diumumkan pada 21 Julai lalu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment