Write For Us

Dr M pula kritik logo, 'gambar dalam tu kera ke manusia?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
176 Views
Published
Selepas logo tahun Melawat Malaysia 2020 mendapat kritikan yang teruk dari media sosial berhubung 'designnya', kini gilaran pengasas Wawasan 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik logo itu.
" Wah cantik benar logo untuk 'visit Malaysia 2020', tapi gambar dalam itu nampak macam kera atau manusia.
"Inikah yang akan menarik orang melancong ke Malaysia. Saya fikir mereka akan berasa pelik, mungkin berasa pelik itu akan menarik. Tapi saya fikir banyak lagi logo yang lebih cantik dan lebih menarik," kata Mahathir dalam satu video pendek yang dikongsikan dalam lama sosial twitternya.
Walau dikritik hebat, Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bercadang untuk menarik semula logo mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 walaupun dikritik di media sosial.
Menterinya Datuk Seri Nazri Aziz berkata ia akan terus digunakan kerana beliau tidak melihat sebarang masalah mengenai logo tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment