Write For Us

Selepas kerat, gambar Dr M kena tutup pula

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Gambar dan nama Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad di papan iklan gergasi yang terletak di Tanjong Piai, Johor, ditutup oleh petugas penguat kuasa tengah hari tadi.
Beberapa keping foto dan video menjadi vular di media sosial berhubung tindakan menutup wajah Mahathir di papan iklan yang memaparkan antara manifesto HARAPAN iaitu "Mengembalikan Subsidi Minyak".
Papan iklan itu turut menampilkan Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
- 'Nak potong Dr M, potonglah. Saya tak setuju'
Pada Isnin lalu, gambar Mahathir juga dikerat dari papan iklan gergasi di kawasan Parlimen Ayer Hitam.
Menurut garis panduan baru SPR, seseorang calon hanya boleh menampilkan gambar dua pemimpin parti politik - presiden dan timbalan presiden, atau mereka yang setaraf - pada bahan kempen, selain foto calon berkenaan.
Bagi kedua-dua pemimpin kanan itu pula, mereka mestilah dari parti yang diwakili oleh calon tersebut.
Foto pemimpin lain dilarang sama sekali.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment