Write For Us

Selepas Dzulkifli, Ambrin pula menyusul ke SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, tepat jam 2 petang hari ini.
Beliau hadir menaiki kereta Perdana berwarna hitam dan mengenakan sut hitam.
Kehadirannya dipercayai untuk memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa laporan audit 1MDB telah dipinda.
Kali pertama beliau hadir ke SPRM bagi memberi keterangan kes sama adalah pada 26 Nov lalu.
Semalam, Ambrin memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan laporan audit 1MBD di parlimen.
Siasatan dilakukan berikutan dakwaan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad 25 Nov lalu bahawa laporan audit asal 1MDB telah dipinda atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Madinah turut mendakwa bekas ketua setiausaha sulitnya Shukry Salleh pada Feb 2016 mengarahkan bahagian yang menyebut tentang kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada mesyuarat lembaga pengarah 1MDB, dikeluarkan daripada laporan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment