Write For Us

Emosi saya tidak terganggu - Sajat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Tidak ada apa-apa yang terganggu, malah usahawan barangan kecantikan itu berasa berada dalam keadaan baik-saja ketika dijadikan bahan ketawa, kecaman dan sindiran orang ramai.
Memetik Sinar Online, menurut Nur Sajat Kamaruzzaman emosinya tidak terganggu, tetap berada dalam keadaan normal ketika ini.
Nur Sajat berkata dia tidak menjangkakan bakal ada pertemuan susulan dengan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas kedua-dua pihak duduk semeja semalam.
Nur Sajat sudah lama menjadi perhatian ramai sama ada kerana perniagaannya dan dirinya sendiri.
Tampil dengan promosi mengenai produk kecantikannya sesetengah pihak berasa kurang senang dengan tindakan Nur Sajat itu.
Antara yang dipertikaikan ialah kesahihan jantina Nur Sajat.
Semalam pegawai Jakim yang juga pakar hal-hal berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Dr Izwan Yusof mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.
Memetik mStar Online, selepas pertemuan itu Jakim memaklumkan pertemuan itu berjaya menemukan jalan penyelesaian bagi merungkai persoalan identiti Nur Sajat.
Pertemuan berkenaan berlangsung di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment