Write For Us

FGV saman Isa, bekas CEO berkaitan kondo mewah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
FGV Holdings Bhd memfailkan saman kedua terhadap bekas pengerusinya, Mohd Isa Samad berhubung pembelian kondominium mewah melebihi harga pasaran.
Turut dinamakan dalam saman berkenaan ialah bekas ketua pegawai eksekutifnya, Mohd Emir Abdullah yang turut didakwa menyalahgunakan kemudahan petrol dan kenderaan syarikat.
Menerusi notis yang dihantar kepada Bursa Malaysia bertarikh 30 November, Mohd Emir juga didakwa menggunakan kemudahan tersebut tanpa kebenaran.
Sehubungan itu FGV Holdings menuntut RM4.54 juta daripada kedua-dua defendan berhubung pembelian kondo berkenaan dan RM3.15 juta daripada Mohd Emir atas dakwaan menyalahgunakan kenderaan syarikat dan faedah petrol.
Pada 23 November, FGV memfailkan saman ganti rugi mencecah RM514 juta terhadap 14 bekas pengarah termasuk Isa dan Mohd Emir berkaitan pemerolehan 100 peratus kepentingan dalam Asian Plantation Limited (APL) menerusi tawaran tunai sukarela bersyarat pada 2014.
Isa, 67 yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan sebelum ini turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pembelian dua hotel oleh Felda Invesment Corporation (FIC) di London dan Kuching.
Ekoran penahanan itu SPRM dilapor menyerbu rumah serta pejabat Isa dan merampas wang bernilai RM100,000 dari peti simpanan di kediaman beliau.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment