Write For Us

Kes saman peguam terhadap bekas MB Pahang selesai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Peguam Manjeet Singh Dhillon dan Americk Sidhu menarik semula saman ke atas bekas menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung dakwaan gagal membayar yuran guaman di Mahkamah Sesyen hari ini.
Adanan, 68, yang hadir di mahkamah berkata kes berkenaan telah selesai.
Peguamnya Adnan Seman mengesahkan penarikan saman itu, sementara Americk turut mengesahkan kes berkenaan diselesaikan dengan baik.
Menurut Adnan, dengan itu Manjeet dan Americk selaku pihak plaintif, telah menarik balik saman tersebut.
Terma dan syarat penyelesaian bagaimanapun tidak didedahkan.
Manjeet dan Americk sebelum ini menyaman Adnan kerana mendakwa dia gagal membayar yuran guaman selepas mewakili bekas menteri besar itu dalam kes saman terhadap Utusan Malaysia yang berlanjutan sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan akhirnya diselesaikan di Mahkamah Tinggi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment